BAEIDINEJAD memuat naik mesejnya di Twitter.
Reuters

GENEVA: Beberapa nelayan Iran menemui sebahagian kepingan dron Amerika Syarikat yang ditembak jatuh oleh Republik Islam itu minggu lalu, kata duta besar Iran ke Britain, Hamid Baeidinejad, hari ini.

Baeidinejad memuat naik mesejnya di Twitter bersama sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki berdiri di sebelah bot nelayan dan turut kelihatan sekeping logam bertandakan logo tentera udara Amerika Syarikat.

Iran bertegas dron berkenaan ditembak jatuh dalam perairan wilayahnya sementara pegawai Amerika Syarikat berkata dron itu dalam perairan antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 9:26 PM