POLIS Bangladesh membunuh tiga orang yang disyaki cuba menyeludup keluar 15 pelarian Rohingya ke Malaysia
Reuters

COX’S BAZAR: Polis Bangladesh membunuh tiga orang yang disyaki cuba menyeludup keluar 15 pelarian Rohingya ke Malaysia selepas pertempuran berhampiran kem pelarian utama negara itu, kata pihak berkuasa.

Pegawai polis di Teknaf, Prodip Kumar Das berkata: “Sebaik menghidu kehadiran pasukan kami, mereka melepaskan tembakan lalu kami membalas.”

Katanya, pertempuran berlaku kira-kira 30 kilometer dari Kutupalong susulan maklumat diberikan kepada polis.

Suspek terbabit juga Rohingya dan terkenal sebagai penyeludup manusia yang tinggal di situ sejak tiba dari Myanmar sebelum 2017.

Tiga lelaki terbabit mati dalam perjalanan ke hospital. Pelarian terbabit termasuk beberapa gadis yang kini dihantar ke dua kem berasingan selepas keterangan mereka diambil.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 9:14 PM