GAMBAR Hiasan.
Reuters

WASHINGTON: Amerika Syarikat mencatatkan 33 kes baru campak pada minggu lalu, sekaligus merekodkan sebanyak 1,077 kes untuk tahun ini.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit berkata, jumlah penyakit berjangkit dan boleh menyebabkan kematian itu didapati meningkat sebanyak tiga peratus minggu lalu.

Wabak itu sudah merebak ke 28 negeri dan adalah yang terburuk melanda Amerika Syarikat sejak 1992 apabila mencatatkan sebanyak 2,126 kes.

Pakar kesihatan berkata, virus itu merebak di kalangan kanak-kanak bersekolah yang tidak mendapatkan suntikan vaksin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 12:12 AM