ROCCO Morabito.
AFP

MONTEVIDEO: Ketua Mafia Itali, Rocco Morabito bersama tiga banduan meloloskan diri dari sebuah penjara di ibu kota Uruguay, Montevideo, semalam.

Morabito dipenjarakan di negara itu sementara menunggu diekstradisi ke Itali, kata Kementerian Dalam Negeri Uruguay dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kementerian, Morabito dan tiga banduan melarikan diri menerusi sebuah lubang di bumbung penjara petang semalam, dan mereka merompak penghuni sebuah rumah ladang di kawasan berhampiran.

Kenyataan itu menyatakan Morabito adalah pemimpin kumpulan mafia ‘Ndrangheta’ dan ditahan di Uruguay pada 2017 selepas melarikan diri dari pihak berkuasa sejak beberapa dekad lalu.

Dia menunggu ekstradisi atas kesalahan pengedaran dadah di peringkat antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 12:03 AM