DUA beradik lagak ngeri merentasi Times Square dengan meniti di atas tali setinggi 25 tingkat.
Reuters

NEW YORK: Dua beradik lagak ngeri merentasi Times Square di sini dengan meniti di atas tali setinggi 25 tingkat, semalam.

Nik, 40, dan Lijana Wallenda, 42, masing-masing berjalan dari arah bertentangan di atas tali sepanjang 396 meter dari 42 Street ke 47 Street.

Adik beradik dari sarkas ‘Wallendas Terbang’ itu mengambil masa 36 minit untuk sampai di tengah tali, sebelum Lijana duduk supaya Nik boleh melangkahnya untuk menamatkan aksi.

“Hanya dengan rahmat tuhan,” kata Lijana sambil mendengar lagu ketuhanan dan berborak dengan Nik menerusi sambungan tanpa wayar.

Ini persembahan pertama Lijana selepas insiden pada 2017 yang mana dia dan empat individu lain cedera teruk akibat terjatuh dari tali setinggi sembilan meter.

Lijana dan Nik memakai baju keselamatan agar pertunjukan itu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2019 @ 10:50 PM