ZELASKO memenangi loteri sebanyak AS$30 juta (RM124 juta) pada 2013 kini dikehendaki menyerahkan separuh daripada jumlah itu kepada bekas isterinya.
Agensi

PONTIAC: Seorang lelaki yang memenangi loteri sebanyak AS$30 juta (RM124 juta) pada 2013 kini dikehendaki menyerahkan separuh daripada jumlah itu kepada bekas isterinya.

Ketika itu, Rich Zelasko dari Pontiac, Amerika Syarikat sudah dua tahun berpisah dengan Mary-Beth Zelasko, namun mereka masih dalam proses perceraian.

Memetik news.com.au, Mary-Beth berpendapat dia berhak untuk memperoleh separuh daripada kemenangan Zalasko dan hakim mahkamah Oakland County Circuit meluluskan tuntutan itu.

Zelasko cuba membuat rayuan, namun mahkamah di Michigan turut menyebelahi Mary-Beth dan mengarahkan lelaki itu menyerahkan AS$15 juta (RM62 juta) kepada wanita terbabit.

Ini kerana loteri dianggap sebagai ‘harta perkahwinan’ kerana ketika itu, Zelasko dan Mary-Beth belum sah bercerai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2019 @ 6:08 PM