MQ-4C Triton ditemui di kawasan perairan antarabangsa di Selat Hormuz.
Agensi

WASHINGTON: Amerika Syarikat mendakwa serpihan dron pengintipnya yang ditembak jatuh oleh Iran hari ini, ditemui di kawasan perairan antarabangsa di Selat Hormuz, bertentangan dengan kenyataan Iran bahawa pesawat itu menceroboh wilayahnya.

Menurut Reuters, jika lokasi serpihan dron MQ-4C Triton milik tentera laut Amerika itu disahkan benar, ia akan menjadi bukti fizikal bagi menyangkal dakwaan Iran.

Teheran mendakwa ia menembak jatuh pesawat berkenaan di wilayah Hormozgan, selatan negara itu menggunakan peluru berpandu ‘3 Khordad’ buatan tempatan,

Sementara itu, AFP melaporkan Presiden Donald Trump berkata, Teheran melakukan ‘kesilapan yang amat besar’ apabila menembak jatuh dron pengintip berharga RM912 juta itu.

“Iran melakukan kesilapan besar!” kata Trump melalui Twitter, kenyataan pertamanya sejak kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 11:35 PM