DRON pengawasan Global Hawk buatan AS itu ditembak jatuh di wilayah Hormozgan. GAMBAR hiasan.
AFP

TEHERAN: Pengawal Revolusi Iran mendakwa menembak jatuh dron pengintip milik Amerika Syarikat di wilayahnya selepas ia menceroboh ruang udara mereka, stesen televisyen Iran.

Stesen tv berbahasa Inggeris melaporkan, dron pengawasan Global Hawk buatan AS itu ditembak jatuh di wilayah Hormozgan, selatan negara itu.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyiarkan gambar dron terbabit.

Kejadian itu berlaku ketika hubungan antara kedua-dua negara itu tegang selepas AS menuduh Iran menjadi dalang dalam beberapa siri operasi terhadap kapal tangki minyak di perairan Teluk.

Iran menafikan pembabitannya, sebaliknya menyatakan Washington mungkin menjadi pihak yang merancang serangan itu sebagai alasan untuk menggunakan kekerasan ke atas mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 1:34 PM