PISTOL Revolver yang dipercayai digunakan oleh Vincent van Gogh. FOTO:AFP
AFP

PARIS: Revolver yang dipercayai digunakan Vincent van Gogh untuk menembak dirinya terjual pada harga 162,500 euro (RM760,227) dalam satu lelongan di Paris, hari ini.

Seorang pengumpul koleksi peribadi membeli senjata berkenaan yang dikenali sebagai ‘senjata paling terkenal dalam sejarah seni’, menerusi tawaran telefon, kata Art Auction.

Revolver Lefaucheux ditemui seorang petani pada 1965 di kawasan lapang berhampiran Auvers-sur-Oise, sebuah perkampungan di utara Paris di mana pelukis Belanda itu menghabiskan beberapa bulan terakhir dalam hidupnya.

Pistol itu pernah dipamerkan di Muzium Van Gogh di Amsterdam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2019 @ 9:40 PM