JEPUN dilanda gempa bumi kuat 6.8 magnitud di barat laut.
AFP

TOKYO: Jepun mengeluarkan amaran tsunami hari ini susulan gempa bumi kuat 6.8 magnitud di barat laut negara itu.

Ombak setinggi satu meter dijangka melanda persisiran pantai di utara Tokyo, kata Agensi Meteorologi Jepun dalam satu kenyataan.

Menurut stesen televisyen NHK, perkhidmatan kereta api laju di rantau itu diberhentikan serta merta sebagai langkah berjaga-jaga.

Laporan itu turut menyatakan sekitar 200 isi rumah terputus bekalan elektrik.

Loji nuklear yang terletak berhampiran pusat gempa bumi tidak menunjukkan sebarang laporan luar biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 10:36 PM