PASUKAN mencari dan menyelamat menemui 13 mayat, menjadikan jumlah yang maut adalah 15 orang manakala 31 lagi penumpang terselamat. FOTO AFP.
AFP

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 15 orang mati selepas sebuah feri penumpang karam di Pulau Jawa, iaitu nahas maritim terbaru yang melanda kawasan kepulauan itu.

AFP melaporkan, feri lebih muatan itu membawa kira-kira 50 orang sebelum karam berhampiran Pulau Madura, kata jurucakap polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera.

Sehingga pagi tadi, pasukan mencari dan menyelamat menemui 13 mayat, menjadikan jumlah yang maut adalah 15 orang manakala 31 lagi penumpang terselamat.

Bagaimanapun, mereka masih mencari sekurang-kurangnya tiga lagi yang dilaporkan masih hilang.

Media tempatan melaporkan kemungkinan terdapat lebih ramai mangsa yang tidak disahkan secara rasmi.

“Feri itu disyaki terlebih muatan. Ia dibadai ombak besar, terbalik dan karam,” kata Frans.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 3:26 PM