PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan. FOTO Agensi.
AFP

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi yang meninggal dunia di sebuah hospital di Kaherah sebagai mati syahid.

AFP melaporkan, Morsi, pengsan selepas satu sesi mahkamah dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

“Semoga Allah merahmati saudara kita Morsi, jiwa syahid yang tenteram,” kata Erdogan yang mempunyai hubungan rapat dengan Morsi.

Hubungan antara Turki dan Mesir menjadi renggang sejak tentera Mesir dipimpin Abdel Fattah al-Sisi pada 2013, menggulingkan Morsi dan dia kemudiannya menjadi presiden.

Bercakap di Istanbul, Erdogan menggelar Sisi sebagai pemimpin zalim kerana merampas kuasa dan mengganggu proses demokrasi.

“Barat hanya berdiam diri,” kata Erdogan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 11:40 AM