Reuters

BEKAS Presiden Mesir, Mohamed Morsi meninggal dunia dalam mahkamah, mengikut laporan stesen televisyen awam hari ini.

Menurut laporan itu, Morsi, 67, pengsan selepas satu sesi mahkamah dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Mursi tokoh tertinggi dalam Ikhwanul Muslimin digulingkan tentera Mesir pada 2013 berikutan tunjuk perasaan membantah pemerintahannya selepas setahun beliau menjadi presiden.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 1:45 AM
Mohamed Morsi meninggal dunia dalam mahkamah. FOTO Reuters