JOSEPH dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Daerah Maricopa atas 13 tuduhan. FOTO: Reuters
Reuters

PHOENIX (Arizona): Bekas paderi Katolik yang melarikan diri ke Itali selepas didakwa atas tuduhan melakukan seks terhadap kanak-kanak di Arizona, Amerika Syarikat pada 2003, berjaya dikesan dan dibawa pulang, kata pihak berkuasa semalam.

Reuters melaporkan, Joseph Henn, 70, ditahan di Rom oleh polis Itali bulan lalu dan dibawa pulang ke Phoenix untuk berdepan dakwaan mencabul kanak-kanak dan salah laku seks, kata pendakwa raya Arizona.

Ketika didakwa, dia adalah paderi ke-9 di kawasan itu yang berdepan dengan dakwaan penderaan seksual ketika skandal gereja terbongkar di Boston pada 2002.

Menurut pendakwa raya, Henn didakwa melakukan perbuatan itu terhadap tiga kanak-kanak lelaki berusia bawah 15 tahun dari 1979 hingga 1981 ketika menjadi paderi di gereja St Mark.


JOSEPH dituduh melakukan seks terhadap kanak-kanak.

Terdahulu, dia dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Daerah Maricopa atas 13 tuduhan.

Peguam daerah, Bill Montgomery berkata, pemburuan dan pendakwaan bekas paderi itu membuktikan bahawa pangkat atau gelaran tidak mampu melindungi seseorang yang menganiaya kanak-kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2019 @ 3:36 PM