BANGUNAN di Sderot berhampiran sempadan Israel mengalami kerosakan teruk terkena serangan roket Hamas. FOTO Reuters
AFP

BAITULMAQDIS: Israel menyerang pangkalan Hamas awal pagi tadi, sebagai tindakan balas serangan roket dari Semenanjung Gaza yang terkena pusat teologi Yahudi di selatan Israel.

Bagaimanapun, serangan itu tidak menyebabkan kematian mangsa di kawasan kedua-dua belah pihak, lapor AFP.

Tentera itu berkata, jet pejuang dan pesawat udaranya menyasar infrastruktur dalam kawasan ketenteraan dan kedudukan tentera laut milik Hamas sebagai sebahagian daripada sasarannya di Semenanjung Gaza.

Pusat teologi di bandar Sderot itu kosong ketika serangan roket dilancarkan apabila semua pelajarnya pulang untuk meraikan hari Sabbath.

Serangan berlaku selepas pertahanan udara Israel memintas roket yang dilancarkan dari Gaza, iaitu kali pertama sejak beratus roket dibedil pada awal Mei lalu ketika pertempuran yang membunuh 25 rakyat Palestin dan empat rakyat Israel.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Jun 2019 @ 3:38 PM