EDOUARD PHILIPPE
Reuters

PARIS: Perdana Menteri Perancis Edouard Philippe hari ini, berkata kerajaan akan mewujudkan insentif untuk rakyatnya agar terus bekerja meskipun melebihi umur persaraan minimum iaitu 62 tahun.

“Bak kata presiden, kita mesti bekerja lebih lama,” kata Philippe kepada ahli parlimen dalam ucapannya yang menggariskan dasar Presiden Emmanuel Macron yang mengutamakan kerajaan pada masa depan.

“Kami akan cuba kekalkan kemungkinan untuk bersara pada usia 62 tahun, tetapi kami akan menentukan had umur dan insentif untuk bekerja lebih lama,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 10:38 PM