NORMA Sarabia dibunuh di tenggara Mexico.
AFP

VILLAHERMOSA: Seorang wartawan dibunuh di tenggara Mexico menjadikan ia pengamal media keenam yang dibunuh dalam tahun ini, kata bekas majikan dan media tempatan.

Akbar terbabit melaporkan, Norma Sarabia adalah wakil akhbar Tabasco HOY selama 15 tahun dan sedang bertugas dengan sebuah syarikat media di Tabasco.

Mexico adalah antara negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan, lebih 100 orang dibunuh sejak tahun 2000, dipercayai mempunyai kaitan dengan keganasan pemerdagangan dadah dan rasuah politik.

Setakat ini sejumlah daripada pembunuh yang melakukan jenayah itu tidak dihukum.

Wartawan tanpa sempadan menduduki tempat ketiga paling berbahaya di dunia untuk pengamal media, selepas negara bergolak seperti Afghanistan dan Syria.

Pada Mei lalu, wartawan jenayah, Francisco Romero dibunuh secara kejam di bandar peranginan perairan Caribbean, Mexico selepas menerima ancaman.

Romero ditemui mati di dalam keadaan berlumuran darah, di bandar kelahirannya, Playa del Carmen.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 6:56 PM