PEMBERONTAK Houthi.
AFP

RIYADH: Serangan peluru berpandu yang dibedil oleh kumpulan pemberontak Yaman di sebuah lapangan terbang di barat daya Arab Saudi menyebabkan 26 orang awam cedera hari ini, kata tentera pakatan diketuai Arab Saudi.

Jurucakap, Turki al-Malki yang dipetik Media Arab Saudi berkata, lapan daripada mangsa yang cedera dalam kejadian di lapangan terbang Abha itu terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan, lapor AFP.

Manakala seramai 18 orang lagi mangsa dibenarkan keluar hospital selepas diberi rawatan segera.

Sebelum itu, pemberontak Houthi berkata mereka melancarkan peluru berpandu itu dengan menyasar lapangan terbang terbabit yang terletak di bandar peranginan Arab Saudi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 5:40 PM