PENUNJUK perasaan berhimpun menghalang laluan ke pejabat kerajaan. FOTO Reuters.
Agensi

HONG KONG: Ribuan penunjuk perasaan di Hong Kong menghalang laluan ke pejabat kerajaan sekali gus menyebabkan perbahasan rang undang-undang kontroversi terpaksa ditangguhkan.

Al-Jazeera melaporkan, kumpulan yang memakai baju hitam, topi keledar dan gogal dengan melakukan provokasi terhadap polis di luar Majlis Perundangan hari ini ketika melakukan bantahan terhadap rang undang-undang ekstradisi itu yang dianggap menyekat kebebasan awam.

Orang ramai mula memenuhi jalan raya dan jambatan pejalan kaki seawal jam 8.30 pagi tadi dan membanjiri kawasan berkenaan.

Reuters melaporkan, penggubal undang-undang bakal memulakan sesi perbahasan rang undang-undang itu di Parlimen hari ini, yang di dominasi mereka yang setia kepada Beijing.

Keputusan undian akhir hanya akan diketahui selewat-lewatnya pada 20 Jun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 1:02 PM