AVENGERS: Endgame
AFP

LOS ANGELES: Seorang peminat tegar Marvel di Amerika Syarikat membuktikan dia adalah salah seorang penyumbang terhadap kejayaan besar filem Avengers: Endgame apabila menontonnya sebanyak 110 kali.

Disebabkan itu, Agustin Alanis mungkin mencipta rekod terbaru Rekod Guinness sebagai individu yang paling banyak menonton filem berkenaan, lapor AFP.

“Saya bekerja selama 10 jam, menonton Endgame sebanyak dua kali pada hari biasa yang mengambil masa sekurang-kurangnya enam jam,” katanya menerusi mesej di Twitter dengan gambar menunjukkan dia dan pekerja pawagam memegang tiket ke-110 filem berkenaan.

Alanis memecahkan rekod seorang lagi peminat Marvel, Anthony Mitchell tahun lalu yang menonton filem Avengers: Infinity War sebanyak 103 kali sekali gus mencatat namanya dalam Rekod Guinness serta lawatan ke set penggambaran filem Endgame.

Filem terbaru dari Marvel Studios itu berjaya meraih kutipan sebanyak AS$2.732 bilion (RM11.378 bilion) setakat ini.

Ia meletakkan kedudukannya semakin hampir untuk mengalahkan filem Avatar yang mendapat kutipan RM2.788 bilion sebelum dinobatkan sebagai filem yang mencatat rekod kutipan paling tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 10:53 AM