BOM itu diletakkan oleh kumpulan Taliban di jalan raya yang sering digunakan tentera Afghan dan asing. FOTO: AFP
AFP

KANDAHAR: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh selepas kenderaan dinaiki diletupkan bom di selatan Afghanistan, hari ini.

Jurucakap polis Qasim Afghan berkata serangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari daerah Dand ke ibu kota Kandahar.

“Empat kanak-kanak iaitu dua lelaki dan perempuan antara mangsa yang terbunuh. Kesemua penumpang adalah ahli keluarga,” katanya kepada AFP.

Gabenor Dand, Haji Abdullah berkata, bom itu diletakkan oleh kumpulan Taliban di jalan raya yang sering digunakan tentera Afghan dan asing.

Setakat ini, belum ada kumpulan yang mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Bulan lalu, tujuh kanak-kanak terbunuh selepas salah seorang mangsa terpijak periuk api di Ghazni.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2019 @ 6:03 PM