TOKAYEV menang 70 peratus undian semalam. FOTO AFP
AFP

ALMATY, KAZAKHSTAN: Pilihan raya di Kazakhstan menyaksikan pengganti terpilih bekas Presiden Nursultan Nazarbayev menang 70 peratus undian semalam, sementara polis menahan ratusan penunjuk perasaan dari pihak pembangkang.

Kemenangan Kassym Jomart-Tokayev tidak pernah diragui selepas dia menerima sokongan kuat Nazarbayev, yang memimpin negara Asia Tengah itu selama tiga dekad.

Tokayev, 66, menerima lebih 70 peratus undi, menurut undian “Pendapat Awam” yang diluluskan kerajaan. Saingan terdekatnya, Amirzhan Kosanov hanya sekitar 15 peratus undi.

Tetapi kejayaan Tokayev ditandai dengan protes terbesar negara majoriti Islam itu dalam tempoh tiga tahun apabila penunjuk perasaan melakukan ‘boikot’ ke atas apa yang mereka anggap sebagai pilihan raya tetap.

Pembentukan undi itu menyaksikan tentangan kuat pembangkang selepas mahkamah menghukum penunjuk perasaan agar di penjarakan dalam tempoh singkat manakala polis menggeledah rumah aktivis.

Kementerian Dalam Negeri berkata, kira-kira 500 orang ditahan semalam. Timbalan menteri Marat Kozhayev menyalahkan pihak yang mempunyai “unsur radikal” kerana mengadakan perhimpunan “haram”.

Nazarbayev, 78, mengumumkan Mac lalu bahawa dia meletak jawatan sebagai presiden dan menamakan pemimpin interim, Toyakev sekaligus mengejutkan penduduk Kazakh yang hidup di bawah pemerintahannya sejak zaman Soviet.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2019 @ 11:49 AM