PRAYUT Chan-O-Cha PM baru Thailand.
Agensi

BANGKOK: Bekas ketua tentera Thailand, Prayut Chan-O-Cha dilantik sebagai perdana menteri negara itu oleh parlimen, hari ini.

Prayut memperoleh 500 undian manakala penentangnya, Thanathorn Juangroongruangkit, hartawan berusia 40 tahun mendapat 244 undian.

Namun, pembangkang berkata undian itu tidak adil kerana sebahagian besar Senat dipilih oleh tentera.

Undian itu secara rasmi mengembalikan pemerintahan awam di Thailand selepas lebih lima tahun dipimpin junta.

Bekas jeneral berusia 65 tahun itu, dicalonkan kerajaan campuran diketuai parti Palang Pracharath yang disokong tentera.

Prayut dijangka mengekalkan jawatan beliau menurut sistem politik baru diperkenalkan junta, yang disifatkan pengkritik bertujuan memanjangkan penguasaan tentera dalam politik Thai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Jun 2019 @ 7:17 PM