MESIN digunakan untuk merawat Valentina yang maut di tempat kejadian ketika menjalani rawatan.
Agensi

MOSCOW: Seorang pesakit kanser payudara maut dihempap mesin radiasi ketika menjalani rawatan di sebuah hospital di Voronezh, Rusia, baru-baru ini.

Siasatan mendapati Valentina Minakova, 51, maut di tempat kejadian akibat parah di dada dan abdomen.

Berdasarkan laporan, seorang doktor berkata, katil rawatan mangsa tiba-tiba bergerak ke atas dan menghimpitnya pada bahagian mesin yang masih bergerak.

Ketika kejadian, suami mangsa, Alexander berada di luar bilik rawatan dan membantu isterinya sebaik mendengar jeritannya, lapor Daily Mail.

Kakitangan hospital berkata, Alexander berusaha menyelamatkan isterinya, namun gagal.

Difahamkan ketika kejadian, mesin radiasi buatan Czech pada 2006 itu dikendalikan seorang juruteknik dan bukan doktor.


Valentina Minakova.

Mesin itu dilengkapi butang kecemasan, namun sumber mendakwa ia mungkin gagal berfungsi atau tidak ditekan.

Menteri Kesihatan, Veronika Skvortsova mengarahkan sepasukan penyiasat ke tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2019 @ 8:40 AM