SERAMAI 15 pelajar maut dalam kebakaran di India. FOTO/AFP
AFP

AHMEDABAD, INDIA: Sekurang-kurangnya 15 pelajar maut dalam kebakaran di bangunan yang menempatkan sebuah kolej di Surat, hari ini.

Gambar kejadian yang disiarkan di televisyen dan media sosial memaparkan ada mangsa cuba menyelamatkan diri dengan terjun dari bangunan.

“Lima mangsa maut disebabkan kebakaran dan 10 lagi terbunuh kerana terjun dari bangunan,” kata jurucakap bomba, Deepak Sapthaley kepada AFP.

Manakala, seramai 20 mangsa cedera mendapatkan rawatan di hospital.

Sapthaley berkata, dianggarkan 50 atau 60 orang berada di tingkat teratas kolej itu ketika kejadian berlaku, namun punca kebakaran belum diketahui.

Pihak berkuasa tempatan berkata, api merebak dengan cepat disebabkan bahan yang digunakan dalam bumbung bangunan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2019 @ 12:38 AM