KEADAAN selepas rusuhan susulan keputusan Pilihan Raya Presiden Indonesia. FOTO/AFP
Agensi

JAKARTA: Sekurang-kurangnya lapan maut dan 737 orang lagi cedera dalam rusuhan yang tercetus selepas keputusan Pilihan Raya Presiden Indonesia di ibu kota sejak dua hari lalu.

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan ketika meninjau lokasi rusuhan pagi semalam berkata, seramai 79 mangsa cedera parah.

"Setakat ini, lapan orang dilaporkan maut dan mangsa cedera sudah mendapatkan rawatan di hospital berhampiran," katanya.

Menurut Anies, mangsa dalam lingkungan usia 20-an antara paling ramai cedera dan seramai 170 mangsa didapati berusia 19 tahun ke bawah.

Bagaimanapun, Anies enggan mendedahkan punca mangsa maut kerana kes masing dalam siasatan, lapor Jakarta Post.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2019 @ 10:04 PM