SEEKOR monyet mencetuskan huru hara sejak sembilan hari lalu dalam kejadian di Badnawar, tengah India. FOTO Agensi
Agensi

NEW DELHI: Lelaki berusia 60 tahun maut manakala sembilan lagi cedera apabila seekor monyet mencetuskan huru hara sejak sembilan hari lalu dalam kejadian di Badnawar, tengah India.

Daily Mail melaporkan, lelaki terbabit, Nathuram mati akibat cedera parah digigit haiwan liar.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan penduduk tempatan yang melakukan protes kelmarin sambil membaringkan mayat mangsa di atas jalan.

Anggota penyelamat yang mencari haiwan itu selama tiga jam bagaimanapun berjaya menangkapnya.

Kejadian dilaporkan berlaku beberapa hari selepas satu video viral menunjukkan seekor monyet mengganggu seorang kakitangan bank sambil duduk di atas badan lelaki terbabit di Nirman Vihar, New Delhi.

Tindakan haiwan berkenaan menyebabkan mangsa ketakutan dan hanya kaku di tempat duduknya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2019 @ 11:42 AM