GAMBAR Hiasan.
AFP

LJUBLJANA: Buat pertama kali, agensi perisikan Slovenia mengiklankan tawaran kerja sebagai ejen perisik secara umum menerusi akhbar di negara itu, hari ini.

Bagaimanapun, jawatan itu hanya terbuka kepada warganegara Slovenia.

Skop tugasan termasuk mengumpul maklumat menerusi kerjasama rahsia, bertukar maklumat risikan dengan negara asing dan menyediakan laporan.

Pada 2015, reputasi Agensi Perisik dan Keselamatan Slovenia (SOVA) terjejas teruk selepas skandal intipan menerusi telefon.

“Jumlah pengambilan kakitangan baru adalah sangat rendah sejak beberapa tahun lalu.

“Namun, perkembangan teknologi dan peningkatan ancaman keselamatan negara menyebabkan agensi ini memerlukan kakitangan baru dan muda,” kata SOVA dalam satu kenyataan kepada AFP.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2019 @ 11:23 PM