GAME Of Thrones.
Agensi

BEIJING: Peminat Game of Thrones di China mengamuk di media sosial kerana tidak berpeluang menyaksikan episod terakhir siri terkenal terbitan HBO itu, semalam.

Ini susulan tindakan penyedia perkhidmatan penstriman video, Tencent Video terpaksa menundakan siaran episod keenam siri terbabit.

Pengumuman Tencent Video berkenaan perkara itu di Weibo dilakukan sejam sebelum siaran pada jam 9 pagi disebabkan masalah teknikal.

Menurut South China Morning Post, peminat Game of Thrones bertindak meluahkan kemarahan mereka di media sosial.

Tidak kurang juga ramai pelanggan Tencent Video mahu penyedia terbabit memulangkan semula wang mereka.

Segelintir netizen mempercayai penangguhan itu mungkin disebabkan ketegangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.

Penyedia internet besar di China kini berdepan tekanan dari kerajaan untuk menapis kandungan sensitif di dunia siber negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2019 @ 12:45 AM