CARL Benjamin dibaling ikan mati oleh penunjuk perasaan ketika berkempen di Salisbury.
Agensi

LONDON: Calon Parti Kebebasan United Kingdom (UKIP), Carl Benjamin dibaling susu kocak oleh penunjuk perasaan buat kali keempat ketika berkempen di Salisbury, semalam.

Serangan bersiri dalam tempoh seminggu itu susulan gurauan Benjamin mahu merogol ahli parlimen Buruh, Jess Phillips bulan lalu yang mencetuskan kemarahan ramai.

Gambar kejadian yang dikongsi pengguna media sosial memaparkan bahagian belakang kepala dan baju ahli politik itu basah dengan susu kocak perisa strawberi.

Sudah menjadi kebiasaan aktivis berhaluan kanan membaling susu kocak sebagai tanda protes terhadap calon parti politik, lapor Mirror UK.

Jurucakap polis Wiltshire berkata seorang lelaki berusia 30-an sudah ditahan untuk siasatan.

Ketika melawat Truro minggu lalu, seorang wanita membaling beberapa ekor ikan kepada Benjamin sebelum mukanya hampir terkena susu kocak yang dicampak dua individu di kawasan sama.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 11:08 PM