HUAWEI terus sedia kemas kini keselamatan, perkhidmatan selepas jualan. FOTO: Reuters
Reuters

London: Huawei akan terus menyediakan kemas kini perkhidmatan dan perlindungan keselamatan untuk telefon pintar dan tablet keluarannya selepas Google memutuskan mematuhi arahan kerajaan Amerika Syarikat daripada berurusan dengan syarikat China itu membabitkan kemas kini terbaru sistem operasi Android.

“Kami sudah melakukan sumbangan besar kepada pembangunan dan pertumbuhan Android di seluruh dunia.

“Huawei akan terus menyediakan kemas kini keselamatan dan perkhidmatan selepas jualan kepada semua telefon pintar dan tablet Huawei dan Honor, meliputi yang sudah dijual dan yang berada dalam simpanan di seluruh dunia.

“Kami akan berterusan membina sistem perisian ekosistem yang yang selamat dan boleh diharap bagi memberi pengalaman terbaik kepada pengguna di seluruh dunia,” kata jurucakap Huawei, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 5:45 PM