ANTARA Tujuh jet penggempur tentera laut Perancis yang mendarat cemas di Aceh, Indonesia
AFP

BANDA ACEH: Tujuh jet penggempur tentera laut Perancis mendarat cemas di Aceh, Indonesia, akibat cuaca buruk, hari ini.

Semua pesawat Dassault Rafale itu berjaya mendarat dengan selamat di wilayah Aceh, wilayah paling utara Sumatera, semalam, selepas mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan.

Ketua pangkalan udara Aceh, Hendro Arief, berkata pesawat terbabit berlepas dari kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle di Lautan Hindi kira-kira 100 batu nautika di barat zon ekonomi ekslusif Sumatera.

Akibat cuaca buruk, semua pesawat diarah ke pangkalan udara terdekat iaitu pangkalan udara Sultan Iskandar Muda di Aceh Besar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 11:58 PM