SUSPEK Stephan Catoi ditahan polis. FOTO Agensi
Agensi

ROME: Seorang bekas atlet rejam lembing maut selepas ditolak dari sebuah jambatan di ibu kota Rome dengan ketinggian kira-kira 20 meter oleh seorang lelaki yang berang kerana permintaannya untuk mengadakan hubungan seks tidak dilayan.

Mayat Imen Chatbouri, 37, ditemui pada 2 Mei lalu di laluan pejalan kaki di Sungai Tiber berhampiran jambatan Ponte Sisto, lapor Daily Mail.

Polis berkata, Imen yang dilahirkan di Tunisia dan pernah mewakili Itali dalam pertandingan rejam lembing amatur, ditolak dari jambatan di Rome dengan ketinggian kira-kira 20 meter malah kejadian itu dirakam dengan videonya berjaya diperoleh penyiasat.


A Ganesh ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, hari ini. FOTO Fairuz Zaidan.

“Menerusi rakaman video ketika kejadian sebelum Subuh, seorang lelaki menarik pergelangan kaki mangsa ketika dia bersandar di atas tembok rendah dan menolaknya jatuh,” kata polis.

Penyiar Itali, RaiNews24 melaporkan seorang suspek, warga Romania Stephan Catoi, 26, ditangkap Sabtu lalu namun menafikan dia lelaki dalam video berkenaan.

Media Itali melaporkan Imen dan suspek dilihat menghabiskan masa bersama di sebuah bar pada malam sebelum mayatnya ditemui manakala kamera pengawasan lain merakam pergerakan suspek mengikut mangsa ke jambatan itu.


IMEN Chatbouri seorang bekas atlet. FOTO Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mei 2019 @ 7:50 AM