GAMBAR Hiasan.
Reuters

PARIS: Pihak berkuasa Perancis merampas satu tan kokain bernilai 40 juta euro (RM183.88 juta) di utara pelabuhan Dunkirk bulan lalu, kata Menteri Belanjawan, Gerald Darmanin dalam satu kenyataan, hari ini.

Semua dadah itu dikesan pada 29 April, dalam sebuah kontena kapal membawa pisang yang dalam perjalanan daripada Suriname di Amerika Selatan.

Pegawai penyiasat Perancis masih melakukan siasatan lanjut. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mei 2019 @ 5:16 PM