GEMPA bumi kuat yang menggegar Papua New Guinea.
AFP

PORT MORESBY: Gempa bumi kuat berukuran 7.2 magnitud gegar Papua New Guinea, awal pagi tadi.

Setakat ini, tiada laporan kerosakan mahupun ancaman tsunami.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa pada kedalaman 127 kilometer itu melanda kawasan terletak 33 kilometer dari bandar Bulolo.

Gegaran turut dirasai di Port Moresby, ibu negara Papua New Guinea yang terletak kira-kira 250 kilometer dari lokasi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan sekitar 110,000 penduduk tinggal dalam lingkungan 50 kilometer dari pusat gempa itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2019 @ 12:23 PM