MEGHAN selamat melahirkan bayi lelaki.
AFP

London: Putera Harry mengumumkan isterinya, Meghan selamat melahirkan bayi lelaki hari ini dan Duchess of Sussex serta bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat.

“Saya sangat teruja mengumumkan Meghan dan saya kini dikurniakan bayi lelaki pada pagi ini, seorang bayi lelaki yang sangat sihat.

“Ini adalah pengalaman yang paling menakjubkan yang boleh saya bayangankan,” kata Harry pada wartawan di Windsor.

Istana Buckingham dalam satu kenyataan memberitahu, bayi berkenaan yang juga pewaris ketujuh takhta diraja Britain dilahirkan pada jam 5.26 pagi (waktu tempatan) dengan berat 3.26 kilogram.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2019 @ 11:27 PM