FOTO Reuters
AFP

BANDAR GAZA: Seramai 19 rakyat Palestin dan empat orang awam di Israel terbunuh, semalam dalam siri serangan roket dilancarkan antara tentera Israel dan pejuang di wilayah dikuasai Hamas.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata antara mangsa maut adalah seorang wanita hamil dan bayi berusia empat bulan.

Namun, tentera Israel enggan mengulas lanjut kenyataan itu.

Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh disahkan pejuang yang mempunyai kaitan dengan Hamas dan sekutunya, Islamic Jihad.

Manakala di Israel, empat orang awam maut ketika pejuang Hamas dan Islamic Jihad melancarkan serangan roket dan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu.

Sasaran serangan Israel termasuk ibu pejabat keselamatan dalam negeri di wilayah Palestin dan bangunan berkenaan yang terletak di Bandar Gaza musnah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2019 @ 11:42 AM