HASSAN Rouhani
Reuters

LONDON: Presiden Hassan Rouhani menandatangani rang menjadi undang-undang hari ini mengisytiharkan semua tentera Amerika Syarikat di Asia Barat sebagai pengganas dan menggelar kerajaan Amerika Syarikat pembiaya keganasan.

Rang itu diluluskan Parlimen minggu lalu sebagai membalas dendam terhadap keputusan Presiden Donald Trump bulan ini menyenaraikan Pengawal Revolusi Iran sebagai pertubuhan pengganas asing.

Rouhani mengarahkan Kementerian Perisikan, Kementerian Luar, pasukan tentera dan majlis keselamatan negara Iran supaya melaksanakan undang-undang itu, lapor agensi berita Tasnim.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2019 @ 9:57 PM
Skip this ad x