GAMBAR hiasan
Agensi

AJMAN: Kecewa dilarang bermain permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) oleh suami, seorang isteri muda ingin bercerai dengan lelaki berkenaan, dalam kejadian di Ajman, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Gulf News yang memetik Pengarah Pusat Sosial Polis Ajman, Kapten Wafa Khalil Al Hosani berkata, kes itu dianggap sebagai salah satu kes yang pelik apabila permainan dalam talian menjadi punca perceraian.

Katanya, wanita merujuk kesnya ke pusat berkenaan selepas mendakwa suaminya bertukar menjadi pemarah dan ganas akibat pertelingkahan yang dihadapi.

“Wanita itu mengatakan punca dia ingin bercerai kerana dihalang haknya untuk berhibur dengan bermain permainan itu.

“Menurutnya, dia juga berpada-pada dan tidak mengaktifkan fungsi sembang yang mendedahkannya kepada orang tidak dikenali selain hanya bermain bersama rakan dan saudara mara saja,” katanya.

Manakala suaminya memberitahu polis, dia terkejut dengan tindakan isteri namun bertegas dengan pendiriannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 12:58 PM