JAIME Osuna memenggal kepala luis sebelum mengerat tubuh lelaki itu.
Agensi

CALIFORNIA: Pihak berkuasa sebuah penjara di sini, terkejut dengan kekejaman seorang banduan yang bukan saja membunuh rakan sebiliknya, malah memenggal kepala mangsa sebelum mengerat tubuh lelaki itu.

Dalam kejadian 9 Mac lalu, Jaime Osuna, 31, menyeksa sebelum membunuh dan memenggal kepala Luis Romero, 44, di penjara di Stockton, Corcoran.

Romero ditemui tidak bernyawa dalam bilik penjara sekitar jam 7.30 pagi dan laporan autopsi pada Jumaat lalu, menggambarkan keadaan mayatnya tidak sempurna.

Osuna yang menghadapi tuduhan membunuh, melakukan pembunuhan itu menggunakan pisau buatan sendiri diperbuat daripada logam yang ditajamkan.

Menurut Daily Mail, lelaki itu memenggal kepala Romero, menghancurkan jarinya, mengorek biji mata serta paru-paru mangsa.

Pihak berkuasa bagaimanapun, tidak mendedahkan berapa lama Osuna dan Romero menjadi rakan sebilik. Osuna menjalani hukuman penjara kerana membunuh Yvette Pena, 37, di sebuah motel di California pada 2011.

Dia dipindahkan ke penjara di Stockton untuk banduan yang memerlukan perubatan atau rawatan mental manakala Romero dihukum penjara seumur hidup, juga kerana membunuh sejak 1992.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2019 @ 10:02 PM
Skip this ad x