PUSAT pemeriksaan ketenteraan Tapuach Junction di Nablus. FOTO: AFP
AFP

BAITULMAQDIS: Seorang penduduk Palestin yang cedera ditembak polis Israel meninggal dunia akibat luka, seminggu selepas serangan pada 20 April lalu, kata Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan, hari ini.

Omar Awni Younes, 20, meninggal dunia di sebuah hospital Israel berhampiran Tel Aviv pada petang semalam.

Polis berkata, pada 20 April lalu Younes ‘menghampiri pegawai dengan pisau’ berhampiran pusat pemeriksaan ketenteraan Tapuach Junction di Nablus.

Kenyataan polis berkata, bahawa ‘pengganas ditembak dan cedera’ tetapi tiada pegawai polis tercedera.

Menurut Kementerian Palestin, Younes berasal dari perkampungan Saniria.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2019 @ 8:45 PM