GAMBAR HIASAN
AFP

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh apabila bas dinaiki terjunam 60 meter ke dalam gaung di kawasan pergunungan Himalaya, semalam.

 

Press Trust of India (PTI) memetik kenyataan polis melaporkan bas itu dalam perjalanan ke Pathankot dari Dalhousie, Himachal Pradesh sebelum hilang kawalan di tempat kejadian dan terjunam ke dalam gaung.

 

Jurucakap polis Superintendan Monica Bhutunguru berkata, beberapa penumpang cedera selain ada yang maut.

 

Monica berkata, penyelamat berdepan kesukaran mengeluarkan mangsa dari gaung kerana sudah malam.

 

Nahas itu susulan kes kematian enam kanak-kanak dan seorang pemandu selepas bas dinaiki terbabas ke dalam gaung di kawasan Himalaya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2019 @ 1:16 PM