LELAKI cedera dibelasah di luar panggung wayang kerana mendedahkan akhir kisah terbaru Avengers. - Foto Agensi
Agensi

HONG KONG: Seorang lelaki dilaporkan dibelasah di luar panggung wayang kerana mendedahkan akhir kisah terbaru Avengers kepada peminat yang sedang beratur untuk masuk ke teater.

Daily Mail memetik media Taiwan melaporkan, lelaki itu cedera dipukul di luar panggung wayang di Causeway Bay, Hong Kong, itu selepas menonton Avengers: Endgame.

Gambar lelaki itu disebarkan dalam talian, lapor AsiaOne, yang menunjukkannya duduk laluan pejalan kaki dengan kesan kecederaan.

Lelaki itu dilaporkan mencetuskan kemarahan orang ramai selepas menjerit bagaimana filem itu berakhir kepada mereka.

Filem itu adalah susulan kepada Avengers: Infinity War dan menamatkan 21 filem sepanjang tempoh 11 tahun.

Pengarah filem itu, Russo Brothers sebelum ini menulis surat terbuka di Twitter kepada peminat meminta mereka tidak merosakkan plot bagi mereka yang belum menyaksikannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2019 @ 9:28 PM