ENDGAME bakal mengatasi kutipan Avengers: Infinity War yang ditayangkan tahun lalu. FOTO: REUTERS
AFP

LOS ANGELES: Filem adiwira Avengers: Endgame mencecah kutipan AS$169 juta (RM780) juta pada tayangan perdana di 25 negara, kelmarin.

Ia memecahkan rekod box-office dalam tempoh sehari di China, Australia, New Zealand dan beberapa negara lain, kata Disney yang memberi Marvel Studios pada 2009.

Sambutan filem itu luar biasa di China dan memperoleh kutipan AS$107.5 juta (RM444.51 juta).

Di Perancis, Endgame mencatatkan kutipan terbesar bagi filem Marvel dan turut mencapai prestasi cemerlang di Belanda, Greece serta Mesir.

Pencapaian itu menandakan Endgame bakal mengatasi kutipan Avengers: Infinity War yang ditayangkan tahun lalu.

Endgame memulakan tayangan di pawagam seluruh Amerika Syarikat dan Canada, hari ini selepas tayangan di beberapa bandar terpilih, semalam.

Pakar meramalkan siri akhir Avengers dibintangi bintang Robert Downey Jr dan Scarlet Johansson akan memperoleh AS$200 (RM924 juta) hingga AS$260 (RM1.2 bilion) pada pembukaan hujung minggu di Amerika Utara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2019 @ 6:19 PM