TIKHONOV memasak sebahagian anggota badan Nina(kanan) dalam ketuhar selepas mengetahui sebenarnya lelaki.
Agensi

MOSCOW: Berang mengetahui wanita ditidurinya sebenarnya lelaki yang menukar jantina, seorang doktor di Kursk, Russia, bertindak kejam membunuh sebelum memotong dan memasak anggota tubuh ‘wanita’ itu.

Dalam kejadian minggu lalu, Mikhail Tikhonov, 27, memasak sebahagian anggota badan mangsa dikenali sebagai Nina Surgutskaya, 25, dalam ketuhar manakala anggota selebihnya dicincang dan dibuang ke dalam tandas.

Dalam keterangannya kepada polis, Tikhonov mengaku melakukan hubungan seks dengan mangsa di rumah wanita itu selepas mereka menghabiskan masa di Kursk.

Ketika hubungan seks, barulah doktor terbabit menyedari ‘wanita’ yang baru dikenalinya adalah pondan yang melakukan pembedahan menukar jantina.

Menurut Daily Mail yang memetik laporan media tempatan, Tikhonov berang lalu mencekik mangsa sampai mati sebelum memotong tubuh wanita terbabit dalam usahanya menyorok pembunuhan itu.

Bagaimanapun, perbuatan Tikhonov terbongkar selepas siasatan polis menjurus kepadanya selepas ibu mangsa membuat laporan mengenai kehilangan anaknya.

Menurut polis, Tikhonov mengeluarkan organ dalaman mangsa di bilik air dan mencincangnya.

Dia kemudian membuang organ itu ke dalam tandas sebelum melapah mayat mangsa dan membakarnya dalam ketuhar.

Tikhonov menafikan dia kanibal (pemakan daging manusia) namun mengaku mengepam daging mangsa yang dibakar itu ke dalam tandas.

Lelaki itu kemudian membawa kepala dan anggota badan mangsa yang lain ke rumahnya untuk dilupuskan.

Dia menggergaji tulang rusuk serta anggota badan mangsa dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Polis ketika menyerbu rumah Tikhonov menemui kepala mangsa yang masih bersambung dengan tulang rusuk yang diselaputi garam bagi menghindar bau busuk.

Sekiranya didapati bersalah, Tikhonov yang menghadapi tuduhan membunuh, berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Semakan pihak berkuasa mendapati Nina dilahirkan sebagai lelaki sebelum didaftarkan sebagai perempuan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2019 @ 9:43 AM