LEBIH 60 kilogram kokain tulen disekat sebelum memasuki sempadan Turki. - Foto NavyTimes
AFP

PODGORICA, MONTENEGRO: Polis Montenegro menahan tiga lelaki, dua darinya adalah tentera, mempunyai kaitan dengan kira-kira 60 kilogram kokain yang dirampas dari kapal angkatan laut minggu lepas, kata pihak berkuasa, hari ini.

Lebih 60 kilogram kokain tulen disekat sebelum memasuki sempadan Turki, di mana penyeludup merancang untuk mengambil dadah itu sebagai habuan, kata pendakwa Sasa Cadjenovic pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan di Podgorica.

“Polis mencari dua lagi suspek masih bebas,” kata Cadjenovic.

Kapal angkatan laut Jadran, digeledah oleh polis tentera pada Jumaat lalu tidak lama sebelum ia dijadualkan untuk membawa pelajar dari Kolej Maritim Kotor di pantai Adriatik untuk pelayaran latihan ke Yunani dan Turki.

Montenegro, negara kecil Balkan di pantai Adriatik sejak dahulu dijadikan transit pengedaran dadah dan dianggap sebagai sarang jenayah terancang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2019 @ 9:08 PM