SEBAHAGIAN penumpang terpaksa menunggu di ruang ketibaan di Lapangan Terbang Bandaranaike, Katunayake. FOTO AFP
AFP

COLOMBO: Sebutir bom paip ditemui berhampiran lapangan terbang Colombo, petang semalam.

Jurucakap polis memberitahu AFP bom itu berjaya dimusnahkan tentera udara Sri Lanka.

Kata jurucakap itu, bom terbabit buatan sendiri dan ditemui di atas jalan menghala ke terminal utama lapangan terbang.

Kawalan keselamatan di lapangan terbang diperketatkan susulan serangan ke atas gereja dan hotel di negara ini.

Jurucakap tentera udara, Kapten Gihan Seneviratne berkata, bom itu dipercayai dibuat dalam negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2019 @ 10:18 AM