GAMBAR HIASAN
Reuters

DUBAI: Empat maut selepas serangan di sebuah balai polis di Zulfi, sebuah bandar kecil terletak kira-kira 250 kilometer di barat laut ibu kota Riyadh, Arab Saudi gagal, menurut stesen televisyen rasmi Al Arabiya.

Satu video tular (yang tidak dapat disahkan Reuters serta-merta), memaparkan sebuah kereta di pusat pemeriksaan dengan dua mayat terbaring di atas tanah. Tembakan turut kedengaran.

Arabiya berkata penyerang dilaporkan membawa mesingan, bom dan koktel Molotov.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2019 @ 6:43 PM