GUNUNG Agung memuntahkan debu ke udara. FOTO/AGENSI
Agensi

JAKARTA: Gunung Agung yang terletak di pulau peranginan Bali, meletus hari ini dengan memuntahkan debu ke udara sejauh dua kilometer dan kawasan berhampiran, kata jurucakap agensi bencana.

Xin Hua yang memetik jurucakap agensi itu, Sutopo Purwo Nugroho berkata, letusan terbabit berlaku kira-kira jam 8.23 pagi waktu tempatan.

Menurutnya, gunung berapi terbabit melepaskan debu hingga ke daerah Karang Asem, Klungkung dan Bangli.

Agensi terbabit turut mengedarkan ribuan topeng muka kepada penduduk sekitar sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan mereka tersedut debu.

Bagaimanapun, penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai tidak dibatalkan.

Gunung Agung terletak di daerah Karang Asem dan berada kira-kira 70 kilometer dari hub pelancongan di Kuta.

Letusan besar terakhir gunung itu direkodkan pada 1963 apabila lebih 1,100 orang maut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2019 @ 1:02 PM