PERMAINAN video Assassin’s Creed Unity boleh dimuat turun secara percuma selama seminggu.
AFP

PARIS: Permainan video Assassin’s Creed Unity yang menggunakan gereja Notre-Dame sebagai lokasinya kini boleh dimuat turun secara percuma selama seminggu.

Pencipta permainan itu, Ubisoft mahu memberi peluang kepada pemain untuk melihat keindahan gereja itu, lapor AFP.

“Kami bersama rakyat Paris dan semua orang di seluruh dunia yang sedih atas kemusnahan gereja itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ubisoft berkata, tawaran itu bagi Assassin’s Creed Unity versi komputer sehingga 25 April ini.

Syarikat Perancis itu juga akan menderma sebanyak 500,000 euro (RM2.34 juta) bagi pembinaan semula gereja Notre-Dame.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2019 @ 12:22 AM